Friday, December 28, 2007

Petua Wajah



MENAIKAN SERI WAJAH
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.


HILANGKAN BINTIK HITAM PADA MUKA
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.


ATASI WAJAH BERKEDUT
Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.


MENGHALUSKAN KULIT MUKA

Petua 1
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Petua 2
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Petua 3
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


MENEGANGKAN KULIT MUKA

Petua 1

Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.


BIBIR SENTIASA BERSERI
Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.


MELEMBABKAN MATA
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.


MEMERAHKAN BIBIR

Petua 1
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Petua 2
Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.


SERIKAN KULIT WAJAH
Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.


MELICINKAN KULIT
Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

No comments: