Friday, December 28, 2007

Petua Kerjaya



5 TIP MENGUNAKAN PSIKOLOGI UNTUK BERJAYA DALAM BISNES

Berpandukan kepada Prinsip ‘law of attraction’ apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. JIka anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

  • Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..
anda kata “aku mahu isteri yang cantik” tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda “aku tak hensem, mana layak..”.JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya “aku selalu gagal dalam bisnes internet” gunakan affirmations seperti berikut “aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan”

  • Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini “aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan” ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.
  • Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.
  • Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda “aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.”
  • Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya (contohnya di forum ini ). Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

SEORANG YANG BERJAYA, SEORANG YANG GAGAL

  • Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
  • Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
  • Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
  • Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
  • Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
  • Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
  • Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
  • Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”
  • Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
  • Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”
  • Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
  • Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
  • Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
  • Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
  • Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
  • Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”
  • Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
  • Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
  • Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
  • Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
  • Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
  • Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
  • Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
  • Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan


SUPAYA DIHORMATI DI TEMPAT KERJA

Ok, hari ini Ktom ingin berkongsi dengan anda satu cerita yang kerap dialami oleh sesiapa sahaja. Tak kiralah samada anda seorang pelajar, guru, doktor, pensyarah, eksekutif dan sebagainya. Kadangkala kita leka dengan sikap dan perlakuan seperti ini membuatkan kita lupa untuk membuat orang menghormati kita.

Begini ceritanya
Maya (bukan nama sebenar), seorang eksekutif muda di sebuah organisasi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kariernya. Setiap arahan yang diberi dituruti dan kerja diselesaikan mengikut waktu malah tidak keberatan untuk bekerja lebih masa.

Dari segi personaliti, Mila tidak ada apa yang kurang. Perawakan dan pakaiannya sesuai dengan tugas dan tidak menjolok mata.

Walaubagaimana pun beliau tidak begitu disenangi oleh teman-teman sepejabat. Mungkin ini disebabkan oleh sikapnya yang terlalu mementingkan karier hingga tidak memikirkan bahawa dia jua perlu bergaul dan bermasyarakat dalam pejabat.
Itulah alkisahnya

Jadi disini apa yang Ktom ingin utarakan bahawa cara kita bersosial juga penting sebagai kriteria untuk berjaya dalam bidang yang kita seburi. Inilah juga diantara yang diperhatikan dalam pemilihan untk kenaikan pangkat atau untuk mendapat apa-apa anugerah.

Apakah faktor yang utama untuk seseorang itu dihormati, disayangi dan disukai dalam dunia pekerjaan. Antara faktor penyumbangnya adalah baik hati, mengambil berat dan gembira.

Anda boleh berjaya dalam karier jika anda mengamalkan ketiga-tiga sikap ini dalam setiap tindakan anda.

Baik hati dan mengambil berat mengenai orng lain yang ada disekeliling anda bermakna anda sensitif dengan keadaan sekeliling. Dan sikap ini sangat penting dalam kepimpinan. Ini juga memberi anda popular di kalangan teman-teman sepejabat. Dengan ini mereka akan sentiasa bekerjasama dengan anda dan ini boleh membantu meningkatkan karier anda.

Jangan sekali-kali anggap bahawa kerja sentiasa perlu dilakukan dengan serius je. Kadang kala gelak ketawa juga penting untuk memberi kemeriahan dan menenangkan suasana tegang. Tapi tak ada lah meriah sangat sehingga mengabaikan tugas kerana asyik bersembang dan membuat jenaka. Kerja tetap fokus.

Ingin dikongsikan dengan anda juga tentang perlakuan yang boleh meningkatkan karier. Tidak kira sama ada anda ketua, eksekutif atau hanya pekerja biasa - perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain adalah penting. Anda akan dihormati dan menjadi tenaga utama selain merupakan aset kepada organisasi anda.

Bukan susah sangat untuk dilaksanakan. Anda hanya perlu mengamalkan sikap berikut dalam setiap tindakan ketika bekerja di pejabat.

  • Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan bawahan. Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.
  • Setia kepada ketua dan sentiasa mmpertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat. ( hehehe..kalau ketua tu jenis orang yang sombong macam mana ya? )
  • Elakkan mengata seseorang melainkan di atelah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.
  • Jangan mengkritik ( ini sudah dibincangkan dalam post yang lepas ) seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti
  • Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda. Biarkanlah dia merasai sebahagian daripada politik di pejabat terutama undang-undang yang biasa digunakan. Tentu anda juga minta diperlakukan sedemikian jika menjadi orang baru.
  • Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yanng dipercayai.
  • Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.
  • Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.

No comments: