Friday, December 28, 2007

Petua Masyarakat



40 KESILAPAN IBU BAPA

  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
  9. Kurang melahirkan kasih sayang
  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
  13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
  15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
  17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
  18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
  20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
  23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
  24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak
  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
    Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali


RAHSIA DISUKAI RAMAI

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :

  • Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda
    mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

  • Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

  • Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda
    temui.

  • Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

  • Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

  • Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan
    merengus.

  • Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-
    tugasan anda.

  • Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

  • Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus
    yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

  • Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

  • Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang
    lain.

  • Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

  • Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam
    perbualan anda.

  • Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

  • Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

  • Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama
    ada secara verbal ataupun unverbal).

  • Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan
    dengan anda.

  • Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain
    secara langsung dan berterus-terang


TIPS UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGUMPAT

Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?

1. Kesedaran
Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.

2. Jangan Marah
Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

3. Pahala
Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.

4. Rasai apa yang orang lain rasa
Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita orang lain pun rasa cam tu jugak ler betul tak?

5. Tempias
Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti Eh! tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang berdiam diri juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.

Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.

No comments: