Thursday, December 27, 2007

Petua Badan



HILANGKAN PARUT

Ramas sedikit asam jawa dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan air asam jawa pada tempat berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.


MENGATASI MABUK PERJALANAN JAUH

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.


MERAWAT KULIT BERKEDUT

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.


MENGATASI SENGAL TULANG

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.


MENGATASI BAU BADAN

Petua 1
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tawas ke permukaan tangan. Selepas itu sapukan tangan ke badan. Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.

Petua 2
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda, tumbuklah hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari.


HILANGKAN SAKIT KURAP

Penyakit kurap bukan sahaja memalukan malah membuatkan seseorang itu tidak berasa selesa. Keadaannya yang gatal boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit. Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari.


KETIAK BERBAU

Campurkan sedikit lada putih yang ditumbuk bersama kapur barus, minyak tanah dan sedikit air kapur sirih serta perahan limau nipis. Bancuh sehingga sebati. Sapukan pada seluruh ketiak dan biarkan seketika baru dicuci dengan air bersih.


MEMUTIHKAN BAWAH LENGAN

Gaul perlahan limau nipis bersama semangkuk hampas kelapa. Lumur dan gosok ketiak ketika mandi, biar seketika dan bilas. Amalkan selalu dan dalam masa dua minggu, anda akan lihat perubahannya. Selain itu, hampas kelapa boleh digantikan dengan kapur sirih. Cara ini juga boleg digunakan untuk mengempiskan perut.


MENGHALUSKAN KULIT BADAN

Petua 1
Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki dibadan (skrub)

Petua 2
Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.

No comments: