Saturday, December 29, 2007

Resepi Bihun Goreng Singapore



BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus bihun
  • 2 camca besar serbuk lada putih(atau mengikut citarasa sendiri)
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar
  • 1 pek sayur campur/kobis
  • udang(mengikut citarasa sendiri)


CARA PENYEDIAANYA

  • Bihun direndam sehingga lembut.
  • Bawang putih dan bawang besar dikisar bersama sehingga hancur.
  • Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga mengeluarkan bau yang wangi.
  • Masukkan udang bersama sayur campur. selain menggunakan sayur campur, kobis juga boleh digunakan bagi menggantikan sayur campur.
  • Kacau sebati barulah masukkan beehon yang telah direndam tadi. dan akhir sekali masukkan serbuk lada putih dan kacau sehingga mesra. sedia dihidang dan selamat mencuba!!!!!

Resepi Laksa Utara



BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus laksa - (direndam dan direbus hingga masak)
  • 1 kg ikan kembung/mabong
  • 3 batang bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 5 keping asam keping
  • air untuk merebus ikan
  • garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR (A)

  • 20 tangkai cili kering
  • 2 cm belacan
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih


BAHAN-BAHAN UNTUK DIHIRIS

  • 1 biji timun
  • 1 pokok daun salad
  • 2 biji bawang besar
  • 10 tangkai cili padi
  • 6 biji limau kasturi dibelah 2


CARA PENYEDIAANYA

  1. Rebus ikan kembung dan masukkan sedikit garam.
  2. Asingkan isi dan tulangnya. mula2 kisarkan dahulu isinya. kemudian, kisarkan pula tulangnya dan tapis.
  3. Masukkan bahan2 tadi kedalam periuk bersama dengan cili dan bahan2 yang dikisarkan tadi (A). masukkan air (ikut suka kepekatan, lagi sedap kalau kuah pekat).
  4. Masukkan pula asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
  5. Masak hingga mendidih, masukkan garam dan rasa.
  6. Kuah siap dihidangkan bersama-sama laksa dan bahan2 hirisan


Resepi Mee Kuah



BAHAN-BAHAN
  • Mee
  • Bawang Putih - ditumbuk tapi jgn sampai lumat
  • Lada Hitam - ditumbuk lumat
  • Ayam - dipotong kecil-kecil
  • Sawi dan kobis
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAANYA
  1. tumis bawang putih hingga wangi.
  2. masukkan ayam dan tumis hingga ayam separa masak.
  3. masukkan air secukupnya.
  4. bila hampir menggelagak, masukkan lada hitam, garam, gula, ajinomoto mengikut citarasa sendiri.
  5. akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan mee....
  6. boleh ganti atau campur dgn lauk-lauk lain spt udang (lagi sedap), daging atau sotong.

Resepi Mee Rebus



BAHAN UNTUK KUAH

  • Tulang Lembu - direbus.
  • Udang - dikupas, direbus dan diblender
  • Ubi Keledek atau Ubi Kentang - direbus dan diblender
  • Kacang Tanah - digoreng tanpa minyak dibuang kulit dan mesin jangan sampai halus
  • Cili Kering, Bawang Merah dan Bawan Putih - diblender
  • Tomato tin cap Heinz sebanyak 1 senduk

BAHAN UNTUK MEE
  • Mee, dicelur
  • Taugeh dicelur
  • Tauhu Keping digoreng
  • Telur Direbus
  • Bawang Goreng
  • Cili Merah dihiris
  • Daun Bawang dihiris
  • Limau Nipis dihiris


CARA MEMBUAT KUAH

  1. Panaskan minyak dan tumis cili yang dimesin tadi
  2. Bila agak garing masukkan udang rebus, tulang yang direbus serta ubi keledek
  3. Masukkan air rebusan tulang, udang tersebut
  4. Bila sudah mengelegak masukkan tomato heinz
  5. Dan akhir sekali masukkan kacang tanah dan bolehlah masukkan garam dan serbuk perasa.

Resepi Mee Bandung Muar



BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
  • 3 sudu besar cili kering yg tlh dimesin
  • 1/2 kati sawi
  • 1 kati Mee kuning
  • 1/2 kati daging (direbus)
  • Telur ayam - ikut berapa org yg makan
  • 1 cawan udang kering (mesin halus)
  • 2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
  • 4 ulas bawang merah )mesin
  • 2 ulas bawang putih )bersama
  • Daun sup & daun bawang
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Gula

BAHAN UNTUK SUP
  • 1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya)
  • 1 sudu jintan manis }
  • 1 1/2 sudu jintan putih }
  • 4 ulas bawang merah }dimesin
  • 1 ulas bawang putih }
  • 1 inci halia }
  • Daun sup & daun bawang
  • 1 kuntum bunga lawang }
  • 1 kuntum cengkih }
  • 1 batang kulit kayu manis }penumis
  • 1 biji buah pelaga

CARA BUAT SUP TULANG

Tumis bahan penumis hingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan mesin, goreng hingga kekuningan.

Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya. Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.


CARA BUAT REMPAH MEE

  1. Panaskan kuali. Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
  2. Kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
  3. Bubuhkan ½ cawan air rebusan daging. biar seketika, tambahkan garam & sedikit gula.
  4. Kemudian masukkan isi kerang & daging. tambahkan sedikit air rebusan daging. Biar hingga masak. Ketepikan.


CARA MENYEDIAKAN MEE BANDUNG

  1. Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
  2. Tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
  3. Kemudian masukkan mee kuning, sawi, daun sup & daun bawang & pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
  4. Bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.


TIPS

Seeloknya bila nak makan baru kita buat langkah ke 3 ni sebab kalau kita buat awal-awal nanti meenya kembang & tak sedap dimakan.

Friday, December 28, 2007

Resepi Kuih Seri Muka



BAHAN UNTUK PULUT
  • 2.5 cups beras pulut
  • Santan elok2 tenggelam beras
  • Garam dan gula secukupnya

PANDUAN

  • Masak pulut seperti biasa
  • Bila dah masak, masa panas2 tu masukkan ke dalam loyang dan tekan sampai padat

BAHAN UNTUK SERIKAYA
  • 2 biji telur saiz besar
  • Gula secukupnya (ikut citarasa kalau suka manis lebihkan gula)
  • Santan
  • Air
  • 4 helai Daun pandan
  • 3 tbs tepung gandum
  • Pewarna kuning/hijau.

CARA-CARA PENYEDIAANYA
  • Masukkan semua dlm blender. Banyaknya santan dan air tu ikut cukupkan buttercup pada paras 2.5 cup (sukatan pada blender). Peringatan! Cawan ikut American standard punya cup.
  • Lepas tu tapis, dan masukkan ke dalam loyang yg berisi pulut yg sudah di tekan. Tutup loyang dgn aluminum foil. Kukus selama 1 jam
  • Bila dah masak sejukkan dan bolehlah dipotong dan hidangkan

Petua Wanita



PAYUDARA KEKAL CANTIK
Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal dengan memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.


MENGHILANGKAN KEPUTIHAN
Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.


ELAK PAKAI COLI LEBIH 12 JAM
Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.


MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA
Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser paayudara.


MENINGKATKAN KESUBURAN

Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah!!


PENAWAR SAKIT HAID
Ketika hadi, bahagian perut dan pinggang akan berasa tidak selesa. Cara menghilangkan kesakitan ini, ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu lebah dan sedikit lada putih. Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan. Minum selama tiga kali, insya-Allah sakit akan hilang. Ibu yang baru bersalin juga boleh minum selama tiga kali untuk mengembalikan tenaga yang hilang.


PETUA-PETUA TRADISIONAL KHAS UNTUK PERAWAN
Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


PETUA KEMBALI GADIS

Petua 1
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.


MERAPATKAN PERANAKAN
Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.


MENGHILANGKAN KEGATALAN PADA FARAJ

Petua 1
Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

Petua 2
Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.

Petua Wajah



MENAIKAN SERI WAJAH
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.


HILANGKAN BINTIK HITAM PADA MUKA
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.


ATASI WAJAH BERKEDUT
Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.


MENGHALUSKAN KULIT MUKA

Petua 1
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Petua 2
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Petua 3
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


MENEGANGKAN KULIT MUKA

Petua 1

Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.


BIBIR SENTIASA BERSERI
Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.


MELEMBABKAN MATA
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.


MEMERAHKAN BIBIR

Petua 1
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Petua 2
Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.


SERIKAN KULIT WAJAH
Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.


MELICINKAN KULIT
Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Petua Tidur



SUSAH TIDUR
Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengantuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur


MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Petua Tidak Merokok



TIPS BERHENTI MEROKOK

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda tidak setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Petua Tangan



LIMAU PUTIHKAN KUKU
Jika kuku terkena arang atau getah tentu sekali kuku akan kotor dan hitam. Lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku. Kuku akan kembali bersih dan berkilat. Selamat mencuba.

Petua Tanaman



HAMPAS TEH SUBURKAN TANAMAN
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.

Petua Suami Isteri



BAU KETIAK LELAKI MENJADI PENAWAR TENSION?
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…

So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.

Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story…. So kalau isteri dok tention tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….


10 TIP KETIKA BERTENGKAR
  • Anda orang dewasa yang sebenar. Ketika bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.
  • Anda dengar terlebih dahulu apa yang hendak dikatakannya. Sekiranya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya pula.
  • Anda bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara anda. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.
  • Anda tumpukan topik atau isu yang berbangkit. Apabila anda bercakap di luar topik yang tidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. Anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.
  • Anda fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa.
  • Masa untuk tenangkan hati. Jika perlu, anda pegi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati anda.
  • Anda faham setiap maksud kata-katanya. Apabila anda memahami maksud katanya, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.
  • Anda bertengkar bukan hendak menang, tapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.
  • Anda alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. Tetapi awas, jenaka yang berpada-pada sahaja.
  • Anda diam, dengar dan biarkan dia begitu sahaja. Biar dia luahkan apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia. Pertengakaran pasti tidak menjadi.

URUTAN KHAS TANGAN

LANGKAH 1 : URUTAN KHAS TANGAN
Pegang tangan pasangan anda seperti berjabat tangan. Naikkan sedikit lengan pasangan anda. Satu tangan anda lagi mengenggan bahagian lengan pasangan anda dan mula mengurut secara perlahan-lahan dari lengan hingga ke pergelangan tangan. Ulang beberapa kali sambil tangan anda yang satu lagi masih berjabat tangan.

LANGKAH 2 : URUTAN KHAS TANGAN
Buka genggaman tangan pasangan anda. Gunakan kedua-dua ibu jari anda untuk mengurut kawasan pergelangan tangan. Urutan secara bulatan besar beberapa kali. Kemudia ulang langkah 1 dan langkah 2 selama 3 kali. Kemudian sudahkan urutan dengan lipatan sandwich. Caranya ialah rehatkan pergelangan tangan pasangan anda. Sentap secara perlahan-lahan. Kemudian lipat tangan pasangan anda. Selepas kiraan sepuluh, rehatkan semula tangan pasangan anda. Ulang sebanyak 3 kali.


4 LANGKAH KHAS BELAKANG BADAN

Urutan belakang badan membantu merehatkan keseluruhan badan. Cara urutan mestilah lembut, berterusan tanpa mengangkat tangan anda yang mengurut dari belakang pasangan yang diurut. Gunakan kedua-dua ibu jari anda untuk mengurut bahagian belakang badan yang atas bagi membantu memperbaiki masalah pernafasan. Manakala urutan di bahagian tengah belakang badan hingga ke pinggang boleh mengurangan ketidakselesaan ketika datang haid.

LANGKAH 1 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Letakkan tapak tangan anda menghadap satu sama lain di antara belakang badan pasangan yang hendak diurut. Mulakan dari bahagian atas badan. Gunakan tekanan ibu jari dengan ditambah tenaga dari badan anda untuk mendapatkan kesan urutan terbaik. Urut secara membulat bermula dari bahagian atas bahu kemudian bahagian tepi berhampiran ketiak. Ulang beberapa kali. Selepas selesai sebelah kanan bahu, teruskan dengan sebelah kiri bahu.

LANGKAH 2 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Kembangkan tapak tangan anda seolah-olah membentuk corak rama-rama. Letak di bahagian pinggang. Lebihkan tekanan urutan menggunakan ibu jari. Mula dari pinggang hingga ke tengah badan. Selepas kiraan lima saat, turunkan urutan ke bawah sedikit ke aras pinggang. Teruskan urut hingga ke bahagian tengkuk. Urut kedua-dua bahagian tepi badan serentak. Terus urut hingga kembali semula ke bahagian pinggang. Ulang semula selama 10 minit. Bermula dari tulang belakang di pinggang, ke atas sampai ke tengkuk, bahagian tepi badan dan kembali ke posisi asal di pinggang.

LANGKAH 3 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Mula dari bahagian tepi pinggang. Urut dengan kedua-dua tapak tangan anda hingga ke bahagian bahu. Ulang langkah untuk bahagian sebelah pinggang yang satu lagi. Sudahkan dengan melalukan urutan langkah 1.

LANGKAH 4 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Rapatkan jari jemari anda. Letak tapak tangan anda di bahagian tengah pinggang dengan jari-jemari anda menghala ke arah bahu. Urut lembut hingga ke bahagian dada. Gerakkan tapak tangan anda ke bahagian tepi dada. Urut lembut. Mula sekali lagi tetapi dari bahagian punggung hingga ke bahagian tepi dada. Ulang langkah 1. Ulang langkah 4. Akhiri urutan anda dengan tekanan tapak tangan yang paling lembut.


MASALAH MANDUL
Bagi mengatasi masalah mandul, amalkan setiap hari memakan taugeh (kacang cambah) mentah dan seminggu sekali cuba makan rojak nenas.Insya-Allah, dalam masa 5 bulan akan nampak hasilnya.

Petua Rumah




TAJAMKAN GUNTING
Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula. Sementara itu untuk menajamkan mata pengisar, caranya ialah mengisar garam selama beberapa ketika. Amalkan langkah ini setiap bulan. Hasilnya mata pengisar akan sentiasa tajam.


BILA SEMUT MASUK DALAM GULA PASIR
Ambil cili kering dalam 2 atau 3 biji, masuk kan ke dalam bekas yang korang simpan gula tu, semut2 tu akan lari keluar..cuba laa


MENGHALAU NYAMUK
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.

Petua Rambut



LURUSKAN RAMBUT KERINTING
Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.


HAPUSKAN KUTU
Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.


YOGURT LEMBUTKAN RAMBUT
Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.


KEGUGURAN RAMBUT
Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali.


MERAWAT RAMBUT BERBUAH DAN BERCABANG

Petua 1
Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

Petua 2
Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.


MELEMBUTKAN RAMBUT

Petua 1

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Petua 2
Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.


MELURUSKAN RAMBUT

Petua 1
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Petua 2
Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.


MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT

Petua 1
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua 3
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.


MENGHILANGKAN KELUMUMUR

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.


MELEBATKAN RAMBUT

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Petua Pemimpin



PEMIMPIN YANG DIHORMATI

Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah pegawai2 serta staf bawahan.

Hari ini, saya nak berkongsi tips dengan anda mengenai apa yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk jadi pemimpin yang disenangi oleh staf anda.

1. Jangan takut buat silap
Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.

2. Libatkan semua orang.
Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya.Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.

3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif
Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

4. Miliki visi yang berpandangan jauh.
Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. ” Pakejkan” visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?

5. Sanggup ambil risiko
Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.

6. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif
Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.

7. Berilah latihan dan peningkatan diri
Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.

8. Galakkan kerja berpasukan
Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.

9. Beri ganjaran
Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.

Petua Pakaian



MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.


HILANGKAN KESAN MINYAK
Kesan tompokan minyak yang terkena pada pakaian berwarna putih memang sukar dihilangkan. Kerap kali juga kita menggunakan bahan peluntur sehingga ada yang memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak tidak juga hilang. Cara mudah untuk mengatasinya ialah sapukan sedikit marjerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah dicuci seperti biasa.

Petua Mata



BERSIHKAN CERMIN MATA
Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.


MENGHILANGKAN SAKIT MATA
Sekiranya anda mengalami sakit mata (merah tu..) tentunya anda akan merasa rimas dan tidak selesa. Untuk menghilangkannya titiskan susu ibu ke dalam mata 2-3 titik sekerap yang mungkin dengan menggunakan sudu. Insya-Allah, sakit mata merah akan beransur pulih. Cubalah..


MENYEGARKAN MATA
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.


MENGHILANGKAN LEBAM MATA

Petua 1
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.


MENJAGA KESIHATAN MATA

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.


PETUA MENJAGA KESIHATAN MATA

1. Setiap kali mandi atau berwudhuk (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah jangan sampai naik angin dah la ye. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini…kuikuikui terkena korang.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda, faham-faham sendirila
h ye.

Petua Masyarakat



40 KESILAPAN IBU BAPA

  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
  9. Kurang melahirkan kasih sayang
  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
  13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
  15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
  17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
  18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
  20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
  23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
  24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak
  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
    Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali


RAHSIA DISUKAI RAMAI

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :

  • Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda
    mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

  • Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

  • Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda
    temui.

  • Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

  • Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

  • Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan
    merengus.

  • Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-
    tugasan anda.

  • Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

  • Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus
    yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

  • Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

  • Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang
    lain.

  • Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

  • Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam
    perbualan anda.

  • Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

  • Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

  • Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama
    ada secara verbal ataupun unverbal).

  • Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan
    dengan anda.

  • Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain
    secara langsung dan berterus-terang


TIPS UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGUMPAT

Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?

1. Kesedaran
Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.

2. Jangan Marah
Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

3. Pahala
Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.

4. Rasai apa yang orang lain rasa
Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita orang lain pun rasa cam tu jugak ler betul tak?

5. Tempias
Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti Eh! tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang berdiam diri juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.

Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.

Petua Masakan



TELUR REBUS SENANG DIKUPAS
Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!!

MERASA GARAM DALAM MASAKAN
Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya. Selamat mencuba.

IKAN REBUS LEBIH SEDAP & LAZAT
Masakan ikan rebus bergantung kepada cara merebusnya. Cuba cara ini untuk menambah kelazatan ikan rebus. Masukkan asam keping dan ikan ke dalam periuk dan atur berselang seli. Kemudian masukkan sedikit garam, cuka makan dan tebu yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Rebus dengan api yang perlahan tanpa memasukkan air. Pasti ikan rebus anda akan lebih lazat.

HILANGKAN GATAL SULUR KELADI
Setelah dibersihkan, celurkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.

ACAR LIMAU TIDAK PAHIT
Inginkan acar yang enak tanpa limau yang pahit, cuba petua ini. Semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1 senke dalam rebusan limau. InsyaAllah limau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut.

MINYAK LEMBUTKAN KUIH APAM
Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian kukus adunan kuih apam tadi. Kuih apam tersebut akan menjadi lembut dan dimasak lebih halus serta tidak lagi melekat pada bekas acuannya.

MENYEGARKAN SAYURAN
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.

Petua Makanan



KEKALKAN ZAT SAYUR

Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :
  • Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
  • Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
  • Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
  • Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
  • Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
  • Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
  • Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.

HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging
ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Daging kuda
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.