Friday, December 28, 2007

Petua Ibu & Bayi



LEBATKAN RAMBUT BAYI

Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.


KULIT BAYI SENTIASA HALUS

Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.


MELENTIKAN BULU MATA BAYI

Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.


MENCANTIKAN KULIT JANIN

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.


UBAT KUDIS API

Ambil beberapa urat akar tuba, tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan sedikit dengan santan kelapa. Sapukan pada kudis, teruskan amalan ini hingga kudis menjadi hitam. Selamat mencuba.


MENGHILANGKAN BATUK PADA BAYI

Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.


KELEBIHAN TEPUNG SAGU

Kebanyakan bayi biasa mengalami melecet di celah kelangkang, pelipat kaki atau bahagian tubuh lain. Hal ini mungkin diakibatkan oleh pemakaian lampin pakai buang yang tidak sesuai dengan kulit bayi. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua ini. Apabila dia mengalami kemerah-merahan di bahagian-bahagian tertentu, apa yang perlu anda lakukan ialah menyapu sedikit tepung sagu di tempat yang bermasalah. Anggaplan seperti anda menyapu bedak pada kulit bayi.


SEDAPNYA SAYUR

Sememangnya sudah menjadi satu kelaziman di kalangan kanak-kanak tidakmenggemari sayur-sayuran. Seandainya ternampak sayur di dalam makanan, mereka pasti membuang sayur-sayuran tersebut. Untuk melatih mereka makan sayur, senang sahaja. Sebagai sontoh goreng sayur-sayuran berdaun seperti kangkung, bayam, sawi dan lain-lain dengan menggunakan tepung yang dicampur dengan perlbagai perasa seperti ayam, udang, ikan bilis, dan lain-lain lagi. Mereka pasti menggemarinya kerana rasanya sedap dan rangup seperti mengunyah keropok. Bagi sayur-sayuran seperti petola dan lobak merah pula, potonglah mengikut bentuk bunga yang menarik. Pasti mereka suka memakannya.


DAUN CEKUR BANYAK KEGUNAANNYA

Saya mempunyai lima cahayamata. Bayangkanlah bagaimana isteri saya mendidik dan menjaga anak-anak dari mereka kecil lagi. Masih saya ingat sewaktu anak sulung masih kecil, dia kerap mengalami masalah kembung perut. Untuk mengatasi masalah ini, isteri saya mengambil beberapa helai daun cekur lalu ditumbuk. Kamudian bahan ini disapukan ke bahagian perut bayi tiga kali sehari. Alhamdulillah, kembung perut yang dialami anak saya hilang. Sehingga kini isteri saya masih mengamalkannya. Selain daripada itu isteri saya sering menggunakan daun cekur didalam masakan. Contohnya kerabu dan masak lemak cili api. Selain mengeluarkan angin dari dalam badan, daun ini juga boleh menghilangkan jerawat dan mengekalkan awet muda.


UBAT KINI LEBIH SEDAP

Kanak-kanak memang sukar makan ubat. Anak lelaki saya yang berumur dua tahun pun begitu juga. Dia sukar menelan ubat jenis tablet ataupun sirap walaupun puas dipujuk. Kini saya mempunyai cara yang berkesan untuk memberinya ubat. caranya ialah mencampurkan ubat di dalam minumannya. Jika ubat yang hendak diberikan berwarna oren saya akan campurkan dengan air oren. Jadi dia tidak akan perasan yang saya telah campurkan ubat ke dalam munumannya. Lebih membanggakan, dia menyatakan yang airnya lebih sedap. Kini saya tiada masalah lagi untuk memberi ubat kepada si manja.

No comments: