Wednesday, January 2, 2008

Rojak Mamak (Pasembor)




BAHAN-BAHAN UNTUK CUCUR (KERAS)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camt serbuk penaik
  • 3/4 camt garam
  • 1/2 camt gula
  • 155-165 ml air
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
  • minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.


BAHAN SAMPINGAN
  • 8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
  • 450 g taugeh, dicelur 1 minit
  • 300 g sengkuang, dihiris
  • 2 biji timun, dihiris
  • 4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
  • 4 biji telur, direbus & dihiris

BAHAN UNTUK CUCUR (LEMBUT)
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 camt serbuk penaik
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 1 camt gula
  • 1/4 camt garam
  • 125 ml air
  • 1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.


BAHAN UNTUK KUAH
  • 900 g keledek
  • 2.5 liter air
  • 1 camb asam jawa
  • 75 ml air
  • 75 ml minyak
  • 4 biji bawang merah, dicincang halus
  • 3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
  • 1 1/2 camt serbuk cili
  • 1/3 camt garam
  • 6 camb gula
  • 100 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
  • beberapa titik kicap hitam
  • beberapa titik cuka
Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

Nota:
Kalau nak buh mee kuning celur kejap mee tu.