Wednesday, January 2, 2008

Resepi Laksa Asam



BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar
  • 1 bungkus laksa kering [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga lembut betul & toskan]
  • 8 keping asam gelugur
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • 3 tangkai daun kesum
  • 10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
  • air rebusan ikan
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang serai (ketuk pecah-pecah)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1 s/b minyak


BAHAN A (DIKISAR HALUS)

  • 5 cm belacan
  • 15 tangkai cili kering
  • 1nci lengkuas
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/b belacan


BAHAN (DIHIRIS HALUS)

  • 1 bawang timun
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 biji nanas
  • 2 biji cili merah
  • daun selum


CARA MEMBUAT KUAH

  1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum & bunga kantan.
  3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya
  4. Renihkan sehingga pekat.


CARA MENGHIDANG
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.

Nota:
Kalau nak tambah kuah petis [otak udang tu]..cairkan otak udang dengan sikit air panas dan masukkan dalam pinggan hidangan laksa..lagi sedap

Resepi Laksa Sarawak



BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus [500 gm ] bihun [rendam dan celurkan dengan air panas. Toskan]
  • 300 udang [rebus dan toskan]
  • 2 keping dada ayam [siatkan]
  • 1 batang timun [ sagat halus - macam laksa penang]
  • 1 cawan togeh
  • 3 biji telur [buat dadar dan hiriskan halus]
  • 3 biji cili merah [hiriskan]
  • 10 biji limau [belah 2 dan buangkana biji]
  • 2 pokok daun ketumbar [hiris halus]


BAHAN UNTUK KUAH

  • 3 ulas bawang merah]
  • 2 uals bawang putih ] mesinkan halus
  • 10 tangkai cili kering]
  • 2 batang serai [ketuk]
  • 1 cm lengkuas [ketuk]
  • 3 s/b pes laksa sarawak
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan santan cair
  • 1 cawan air rebusan udang
  • minyak
  • garam


CARA PENYEDIAANYA

  1. Panaskan minyak & tumiskan bahan mesin halus & serai sehingga wangi dan naik minyak.
  2. Masukkan pes laksa dan kacau rata.
  3. Masukkan air rebusan udang dan santan cair juga ayam. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan pekat dan didihkan sehingga naik minyak dan pekat.
  5. Rasakan garam dn tutup api.
  6. Keluarkan ayam dan siatkan isinya saperti ayam soto.

Resepi Mee Goreng



BAHAN-BAHAN

  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm stong
  • 100 gm isi ayam (hiris nipis)
  • 100 gm kobis (dipotong)
  • 250 gm sawi (dipotong)
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air stok tulang ayam
  • minyak
  • garam


BAHAN UNTUK DITUMBUK

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah


CARA PENYEDIAANYA

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk & cili mesin hingga garing.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Masukkan air stok dan kacau rata.
  3. Bila mendidih masukkan mee, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis.
  4. Bila nampak dah mendidih lagi kacau rata dan tutup api
  5. Hidangkan.

Resepi Mee Kari



BAHAN-BAHAN

  • 1 kg mee kuning [celur dan toskan]
  • Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
  • Bawang goreng


BAHAN UNTUK HIRISAN / POTONG KECIL-KECIL

  • Tahu (gorengkan)
  • Daun bawang & daun sup
  • Cili merah
  • Limau kasturi/limau nipis


BAHAN UNTUK KUAH

  • 1/2 kg ayam (dipotong kecil)
  • 200 gm udang
  • 1 paket chicken ball
  • 1 paket fish cake (potong nipis)
  • 2 s/b cili mesin
  • 3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
  • 5 cawan santan (1 biji kelapa)
  • minyak
  • garam


BAHAN UNTUK MESIN

  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih


CARA MEMASAK KUAH

  1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
  2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
  3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Resepi Kuey Tiaw Goreng


BAHAN-BAHAN

  • 500 gm kuey tiaw
  • 100 gm isi kerang
  • 1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
  • 1 cawan tauge
  • 1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
  • 2 sudu cili mesin
  • 4 ulas bawang putih [ketuk]
  • 2 biji telur [pukul sikit]
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar air
  • sedikit minyak garam [jika perlu]


CARA PENYEDIAANYA

  1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
  2. Masukkan cili mesin dan kicap.
  3. Masukkan kerang, tomato sos dan air. Biarkan kerang masak sbentar.
  4. Masukkan tahu, telur & kuey tiaw
  5. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
  6. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau serata dan tutup api.

Nota:
pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje

Resepi Rojak Buah



BAHAN-BAHAN
  • Sengkuang
  • Nenas
  • Timun
  • Mangga muda } semua buah dipotong/hiris kecil2
  • Jambu batu
  • Epal hijau
  • Buah belimbing

BAHAN UNTUK KUAH ROJAK
  • 10 tangkai cili api } ditumbuk
  • 1.5 cm belacan }dibakar
  • 1/2 cawan kacang tanah } digoreng kemudian tumbuk kasar
  • 1 sudu besar bijan } digoreng tanpa minyak hingga perang
  • air asam jawa secukup rasa
  • 1 sudu besar petis udang
  • 1-2 sudu besar gula melaka/gula pasir atau secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam secukup rasa

CARA MEMBUAT KUAH
Campurkan semua bahan-bahan jika pekat tambah sedikit air panas.

Nota:
Kalau tak nak guna cili api boleh juga gantikan dgn cili kering tapi pastikan cili kering tu digoreng sebiji2 (tanpa potong) dgn sedikit minyak barulah ditumbuk atau boleh juga guna cili serbuk (kalau malas guna cili serbuk jer..)
Kalau suka kacang banyak boleh lebihkan mengikut citarasa.

Resepi Rojak Jawa (Pecal/Gado-Gado)




BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
  • 2 cm belacan } digoreng
  • 6 ulas bawang merah }digoreng tanpa potong
  • 15 tangkai cili kering } digoreng tanpa potong
  • 600 g kacang tanah } digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
  • asam jawa secukup rasa dibancuh dgn air panas/air masak
  • gula dan garam secukup rasa

CARA PENYEDIAANYA

Goreng bawang merah, cili kering dan belacan dgn minyak yg sedikit.
Kisar bawang merah dan cili kering hingga hancur dgn menggunakan air asam jawa.
Masukkan ke dalam mangkuk campurkan bahan kisar dgn kacang tanah, belacan, garam dan gula.
Kalau kuah pekat sangat boleh tambahkan sedikit air panas dan kacau.
Kepekatan kuah spt kuah sate.


BAHAN-BAHAN UNTUK SAYURAN
  • 1 biji sengkuang kecil }dicincang nipis
  • 200 g taugeh } dicelur
  • 1 ikat pucuk ubi
  • 1 ikat kacang panjang } dipotong kecil dan dicelur
  • 1 ikat kangkung } dipotong kecil dan dicelur
  • 2 keping tauhu } digoreng dan dipotong2 nipis
  • 1 batang timun } dicincang nipis
  • 1 biji kentang } direbus kemudian dipotong kecil

CARA MENGHIDANG

Susunkan semua sayuran di dalam pinggan besar.
Bila nak makan ambil serba sedikit sayuran tersebut kemudian curahkan dgn kuah kacang gaul sebati.

Rojak Mamak (Pasembor)




BAHAN-BAHAN UNTUK CUCUR (KERAS)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camt serbuk penaik
  • 3/4 camt garam
  • 1/2 camt gula
  • 155-165 ml air
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
  • minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.


BAHAN SAMPINGAN
  • 8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
  • 450 g taugeh, dicelur 1 minit
  • 300 g sengkuang, dihiris
  • 2 biji timun, dihiris
  • 4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
  • 4 biji telur, direbus & dihiris

BAHAN UNTUK CUCUR (LEMBUT)
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 camt serbuk penaik
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 1 camt gula
  • 1/4 camt garam
  • 125 ml air
  • 1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.


BAHAN UNTUK KUAH
  • 900 g keledek
  • 2.5 liter air
  • 1 camb asam jawa
  • 75 ml air
  • 75 ml minyak
  • 4 biji bawang merah, dicincang halus
  • 3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
  • 1 1/2 camt serbuk cili
  • 1/3 camt garam
  • 6 camb gula
  • 100 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
  • beberapa titik kicap hitam
  • beberapa titik cuka
Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

Nota:
Kalau nak buh mee kuning celur kejap mee tu.

Resepi Talam Keladi Berlauk



BAHAN A
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 6 cawan santan [1 biji kelapa]
  • 1 sudu kecil garam

BAHAN B
  • 2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
  • 2 s/b udang kering
  • 4 tangkai cili merah [cincang]
  • 1 pokok daun bawang ]
  • 1 pokok daun sup ] racik
  • 2 sudu besar bawang goreng

BAHAN C (UNTUK HIASAN)
  • cili merah [cincang]
  • bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang [racik]

CARA PENYEDIAANYA
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
  2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
  5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
  6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
  7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
  8. Hidangkan.

Resepi Kuih Bingka Ubi



BAHAN-BAHAN

  • 2 kg ubi kayu - dikupas, diparut dan disejat
  • 300 gram gula pasir
  • 1 camca teh garam
  • Sedikit pewarna kuning - jika perlu
  • 2 biji telur, dipukul sebentar
  • 500 ml santan daripada 1 biji kelapa


CARA PENYEDIAANYA

  1. Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur.
  3. Kacau hingga sebati. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
  4. Lenserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya.
  5. Bakar ia pada suhu 300 darjah Celsius, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan.

Resepi Roti Sardin Bercili



BAHAN-BAHAN

  • 100 gm sardin
  • 4 sudu kuah sos tomato di dalam sardin
  • 7 tangkai cili padi - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 ulas bawang merah - dicincang
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar minyak
  • Sedikit serbuk lada hitam dan garam
  • 4 keping roti sandwic putih


CARA PENYEDIAANYA

  1. Panaskan minyak goreng sardin sebentar
  2. Angkat dari kuali dan tumis bawang putih cincang hingga wangi
  3. Masukkan cili kisar
  4. Masukkan sardin dan hancurkan dengan senduk
  5. Tuangkan sosnya kacau sebentar
  6. Masukkan pula hirisan bawang besar
  7. Perisakan dengan garam serta percikkan serbuk lada hitam (mengikut citarasa)
  8. Padamkan api dan masukkan cili padi kacau rata dan angkat dari dapur
  9. Potong keliling roti
  10. Isikan inti sardin dan gulung kemas-kemas (Jika suka dipotong menjadi gulungan kecil)